Harga diri ialah cara bagaimana seseorang individu menilai diri, menghormati diri dan merasakan diri sebagai seorang yang berguna. Ini bermakna setiap individu akan menyayangi diri, di samping bertanggungjawab dan menghormati orang lain.
KEMAHIRAN MEMBINA HARGA DIRI
• Terima kekuatan dan kelemahan diri
• Kembangkan potensi dan bakat diri.
• Sentiasa memperbaiki kelemahan diri.
• Belajar menerima pujian secara positif.
• Belajar memberi pujian kepada orang lain.
• Sentiasa berfikiran positif.
UNIT 2: KOMUNIKASI BERKESAN & PERHUBUNGAN YANG SIHAT
Komunikasi adalah proses perkongsian maklumat , pemikiran dan perasaan sama ada dalam bentuk lisan atau tanpa lisan di antara dua atau lebih dari dua orang.
Murid perlu belajar berkomunikasi secara berkesan agar dapat membantu dalam mencapai kesihatan minda yang baik.
Kemahiran Komunikasi Yang Berkesan
Mudah untuk saling memahami.
Rasa selesa dengan orang lain.
Mudah meminta pertolongan daripada orang lain.
Mudah meluahkan perasaan kepada orang lain.
Mampu menjalin baru/mudah mendapat kawan.
Ciri-Ciri Perhubungan Yang Sihat
Menghormati antara dengan lain.
Amalkan komunikasi terbuka.
Memahami antara satu dengan lain.
Tiada unsur keganasan dan penganiayaan.
UNIT 3: MENANGANI STRES DENGAN BIJAK
Stres merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan, Stres berlaku apabila kita berasa risau atau tidak selesa.
Kemahiran Pengurusan Stres dan Senarai Kumpulan Sokongan Yang Betul
UNIT 4: MEMBINA DAYA TAHAN KENDIRI
Definisi Daya Tahan Kendiri
Daya tahan kendiri merujuk kepada keupayaan manusia untuk hidup dan berkembang maju walaupun dalam keadaan sukar dan mencabar atau keupayaan untuk mengatasi situasi yang sukar dan meneruskan hidup dengan lebih sihat dan berjaya.
Faedah Daya Tahan Kendiri