Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) merupakan program penilaian dan intervensi resilien kepada remaja sekolah menengah Tingkatan 1 melalui pembangunan instrumen MyRAT-25 dan modul intervensi di mana Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM telah bekerjasama dengan UNICEF dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Program ini juga merupakan kerjasama strategik bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia serta agensi lain seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
1.Program bermula secara rintis di 39 buah sekolah menengah seluruh Malaysia mulai tahun 2025.
2.Program ini dilaksanakan berdasarkan Modul Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) (Intervensi Resilien) dan soalan saringan Malaysia Resilient Assessment Tools (MyRAT-25).
3.Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah diberi latihan berdasarkan modul dan mengendalikan program di sekolah.
Modul Program Ekpresi Anak Remaja 13052025.pdf
Garis Panduan Pelaksanaan dan Modul Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL)