Definisi aktiviti fizikal dan cara hidup sedentari tidak aktif
Aktiviti fizikal merujuk kepada semua jenis pergerakan anggota tubuh badan yang disebabkan oleh pergerakan otot. Perkara ini menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga berlebihan ketika tubuh badan berehat.
Cara hidup sedentari tidak aktif merujuk kepada keadaan seseorang yang tidak aktif, kurang melakukan aktiviti fizikal seperti menonton televisyen dan duduk dalam tempoh masa yang lama (melebihi 2 jam)
Komponen kecergasan dan jenis aktiviti fizikal
Terdapat empat jenis komponen kecergasan, iaitu:
1. Ketahanan kardiovaskular/jantung
Kemampuan otot jantung berfungsi secara berkesan untuk membolehkan kita berkerja dalam jangka masa panjang tanpa merasa terlalu letih.
contoh : Main kejar-kejar, senamrobik, lompat tali, bola beracun dan berenang.
Kemampuan sekumpulan otot untuk menjalankan pengecutan berulang dalam satu jangka masa yang cukup untuk menyebabkan otot merasa letih.
Contoh : Lompat bintang, teng-teng dan timbang bola.
Kepentingan melakukan aktiviti fizikal
Menjadi cergas dan cerdas.
Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah.
Menguatkan otot, tulang dan sendi.
Meningkatkan kelenturan dan kecekapan gerakan badan.
Membantu mendapatkan tidur yang nyenyak.
Memperbaiki postur badan.
Menjadi lebih ceria dan meningkatkan keterampilan diri.
Cara melakukan aktiviti fizikal dengan betul
Memakai pakaian yang bersesuaian mengikut jenis aktiviti fizikal.
Pemilihan kasut mengikut jenis aktiviti fizikal seperti kasut berlari, kasut mendaki, kasut menari dan kasut bola.
Elakkan melakukan aktiviti fizikal pada waktu panas/hujan.
Pilih jenis aktiviti mengikut kebolehan dan kemampuan.
Berhenti melakukan aktiviti jika merasa sesak nafas/pening/loya/muntah
Melakukan aktiviti secara ansur maju (progression).
Melakukan senaman regangan sebelum dan selepas aktiviti fizikal.
Minum air kosong secukupnya (6-8 gelas sehari).