Buang sampah/sisa yang boleh dikitar semula ke dalam tong kitar semula.
Pengurangan sisa pepejal bermaksud mengambil tindakan bagi mengurangkan penjanaan sisa sebelum, semasa dan selepas menggunakan sesuatu produk. Contoh altiviti reduce:
Penggunaan beg guna semula.
Penggunaan barangan yang mempunyai pembungkusan mesra alam.
Penggunaan bekas makanan yang boleh diguna semula.
Aktiviti menggunakann semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang masih boleh digunakan bagi mengelakkan daripada dilupuskan. Contoh aktiviti reuse:
Menghasilkan beg guna semula dari t-shirt terpakai.
Mendermakan baju, buku dan permainan kepada yang memerlukan.
Menggunakan bahagian kosong di belakang kertas sebagai kertas conteng.
Proses mengasing dan mengumpul sisa yang boleh dikitar semula bagi penghasilan keluaran baharu.
Bagi mengamal kitar semula, sisa kitar semula perlu diasingkan daripada sisa lain, dikumpulkan dan dihantar ke pusat-pusat yang menerima bahan kitar semula .
Kategori sisa yang boleh dikitar semula adalah kertas, plastik, aluminium/besi.
Sisa kitar semula boleh dijual bagi menambah pendapatan sampingan melalui konsep trash to cash.
Contoh aktiviti recycle:
Menghantar barangan yang boleh dikitar semula ke program kitar semula sekolah.