SEDANG DALAM PROSES PENYELENGGARAAN

Kebersihan diri adalah satu amalan menjaga kebersihan tubuh badan secara berterusan

7 Langkah Mencuci Tangan yang Efektif

Basahkan tangan dan ratakan dengan cecair pencuci tangan secukupnya

Gosok bahagian tapak tangan

Gosok setiap jari dan celah jari

Gosok kuku di tapak tangan

Gosok belakang tangan

Bilas dengan air yang bersih secukupnya

Keringkan tangan dengan tuala bersih

Langkah Mencuci Rambut

Letakkan syamfu sebesar duit syiling 20 sen ke atas tapak tangan

Gosok syamfu di tapak tangan dahulu sebelum disapu ke rambut

Gunakan jari dan ratakan syamfu dari rambut hingga ke kulit kepala

Bilas sehingga tiada buih

Keringkan rambut dengan tuala yang bersih

Langkah Memberus Gigi dengan Betul

Mulakan dengan meletakkan bulu berus gigi pada permukaan luar gigi geraham belakang

Buat gerakan membulat meliputi permukaan gigi dan gusi sebanyak 8-10 kali

Ulangi pergerakan yang sama di gigi hadapan dan bahagian lain

Berus bahagian dalam gigi rahang bawah dengan gerakan membulat meliputi permukaan gigi dan gusi

Gunakan hujung berus untuk memberus bahagian dalam gigi hadapan rahang bawah dengan gerakan membulat

Berus permukaan gigi pada rahang bawah yang digunakan untuk mengunyah dengan gerakan ke depan dan ke belakang

Ulang langkah 4 hingga 6 bagi rahang atas

Berus lidah dengan gerakan dari dalam ke luar

Etika Batuk dan Bersin dengan Betul

Palingkan muka daripada orang lain & makanan

Tutup hidung & mulut anda dengan tisu/ sapu tangan ketika batuk/ bersin

BUANGKAN TISU KE DALAM BAKUL SAMPAH

Jangan berkongsi sapu tangan atau tisu dengan orang lain

Elakkan menyentuh muka, hidung atau mulut sebelum mencuci tangan

Bau Badan

Fisiologi alam remaja dan bau badan

Pertumbuhan pembesaran remaja menyebabkan peningkatan penghasilan peluh dan ini akan menyebabkan peningkatan bau badan terutama ketiak

Teknik-teknik mencegah bau badan

Kepentingan memakai pakaian yang bersih

Makanan dan bau badan

Penjagaan Kesihatan Pergigian 

Masalah Pergigian – Rawatan & Pencegahan

Amalan Gaya Hidup Sihat

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian di Malaysia