Bahaya Merokok & Rokok Elektronik

  • Penyakit-Penyakit Akibat Merokok

    1. Kanser

      • Paru-paru

      • Tekak

      • Mulut Pankreas

      • Pundi kencing

      • Buah Pinggang

      • Rahim

      • Esofagus

      • Gaster (Perut)

    2. Penyakit Jantung

    3. Darah Tinggi

    4. Strok / Angin Ahmar

  • Kesan lain berkaitan dengan merokok

    1. Membazir Wang

    2. Bibir Menjadi Hitam

    3. Mendorong ke amalan negatif (hidu gam, menagih dadah dan minum minuman beraklkohol.

    4. Ketagihan nikotin yang sukar dipulihkan.

  • Risiko kepada perokok pasif.

    1. Terdedah kepada kanser.

    2. Mudah menjadi perokok tegar apabila dewasa.

    3. Jangkitan paru-paru.

    4. Putus haid awal.

    5. Kesuburan terganggu dan kelahiran bayi pra matang.

  • Apa itu Shihsa dan Rokok Elektronik?


Shisha

Apa itu shisha?

  • Menghisap shisha merujuk kepada menghisap tembakau yang berperisa menggunakan peralatan paip air

  • Ia adalah salah satu bahan alternatif bahan dalam penggunaan tembakau selain daripada rokok

  • Ia diberi nama shisha (paip air) bagi melambangkan ciri alat tersebut; iaitu asap dilalukan ke air sebelum ianya disedut

  • Struktur asa shisha terdiri daripada mangkuk, badan, hos dan gromet

Bahan-bahan di dalam shisha

  • Kandungan asas shisha dan rokok adalah sama iaitu tembakau

  • Tembakau bagi kegunaan shisha diperam

  • Kandungan bahan yang terdapat dalam shisha adalah sama dengan rokok

  • Kadar kandungan bahan kimia dalam setiap pengambilan shisha adalah berlipat kali ganda daripada rokok

  • Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa

  • Arang yang digunakan dalam pembakaran shisha akan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok

  • Bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau juga amat merbahaya

Bahaya shisha

  • Bahaya menghisap shisha adalah sama dengan bahaya menghisap rokok

  • Produk tembakau sama ada dalam bentuk shisha atau rokok serta apa jua bentuk yang lain mengandungi nikotin dan menyebabkan ketagihan

  • Gejala gian apabila berhenti menghisap shisha termasuklah rasa resah, letih, sakit kepala dan kemurungan

  • Pada setiap sesi menghisap shisha, anda menelan 100 hingga 200 kali ganda lebih asap dan sehingga 1.7 kali ganda nikotin berbanding menghisap sebatang rokok

Penyakit yang berkaitan dengan pengambilan shisha

  • Perkongsian paip shisha mendedahkan anda kepada bahaya seperti penyakit yang merebak melalui air liur seperti H1N1, Tuberkulosis, hepatisis dan lain-lain

  • Keracunan karbon monoksida

  • Kanser paru-paru dan kanser mulut

  • Pembakaran arang menghasilkan karbon monoksida serta logam berat lain yang karsinogenik

Rokok elektronik

Apa itu rokok elektronik?

  • Rokok ini mempunyai bateri kecil bertujuan untuk memanaskan cairan di dalamnya dan mengeluarkan wap (bukan asap). Cecair yang digunakan untuk mengeluarkan wap ialah 'propylene glycol' dan 'glycerine' yang biasa digunakan dalam nebulizer atau inhaler bagi pesakit asma

  • Propylene glycol dan glycerine inilah yang akan menyebabkan nikotin dalam rokok elektrik itu akan meruap ke udara dan disedut semula oleh perokok

  • Kajian saintifik yang dilakukan oleh WHO, jelas menolak alasan 'menggunakan e-rokok boleh digunakan sebagai rawatan untuk menghentikan amalan merokok'

Bahaya rokok elektronik

  • Walau 'propylene glycol' dan glycerine adalah selamat, namun bahaya e-rokok sebenarnya terletak pada bahan nikotin yang ada dalam rokok itu

  • Jumlah nikotin dalam e-rokok ini berbeza dan bergantung kepada kenyataan yang tertulis pada labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6-8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16-18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36 mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi)

  • Jika semua 60mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional

  • Bagi perokok tegar, oleh kerana tubuh mereka telah biasa dengan nikotin, keracunan nikotin boleh berlaku apabila kepekatan nikotin dalam darah mencapai 120 mg

  • Bahan 'tobacco-specific nitrosamines' (TSNAs) yang terdapat dalam rokok elektronik boleh menyebabkan kanser

  • Tiada e-rokok yang bebas nikotin

Perkhidmatan berhenti merokok

Perkhidmatan ini ditawarkan di Hospital dan Klinik Kerajaan dan Hospital & Klinik Swasta terpilih.

Kawasan Larangan merokok

  • Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka

  • Kawasan awam digunakan untuk tujuan keagamaan

  • Kawasan taman asuhan kanak-kanak

  • Kawasan premis kerajaan

  • Lapangan terbang

  • Laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri

  • Pusat hiburan atau teater

  • Kawasan hospital atau klinik

  • Lif atau tandas awam

  • Kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam

  • Tempat kerja berhawa dingin

  • Bas sekolah