SEDANG DALAM PROSES PENYELENGGARAAN

Kenali Ubat Anda Versi Kanak-kanak.mp4

Kenali Ubat Anda Versi Kanak-kanak 

Ubat bukan gula-gula. Kanak-kanak tidak boleh ambil ubat dengan sendiri. Ambil ubat hanya apabila diberi oleh ibu bapa atau penjaga sahaja. 

Pemberian Ubat Kepada Kanak-kanak.mp4

Pemberian Ubat Kepada Kanak-kanak 

Pemberian ubat kepada kanak-kanak memerlukan teknik yang betul. Gunakan peralatan yang sesuai untuk menyukat ubat bagi memastikan dos yang tepat kepada kanak-kanak. Kesilapan dalam pemberian ubat-ubatan kepada kanak-kanak boleh menyebabkan kemudaratan. 

Pengambilan Ubat yang Betul (kanak-kanak).mp4

Pengambilan Ubat yang Betul (kanak-kanak) 

Pengambilan ubat oleh kanak-kanak dengan menggunakan alat penyukat yang betul dapat memastikan dos ubat adalah tepat. Jangan gunakan sudu teh atau sudu makan kerana sukatannya adalah tidak tepat.

Vaksin.mp4

Vaksin 

Vaksin adalah penting untuk mencegah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus atau bakteria. Vaksin dapat mencegah penyakit cegahan vaksin bagi mengelakkan komplikasi jangkitan yang boleh mengancam nyawa. 

Lagu Kenali Ubat Anda.wmv

Kenali Ubat Anda (Lagu) 

Lagu Kenali Ubat Anda adalah lagu dengan konsep 5 Betul (5B) bagi membantu pendengar mengambil ubat dengan betul. 

Buku Mewarna Adik-Adik

Buku Mewarna Kapten Kap Kenali Ubat Anda.pdf

Buku Mewarna Kapten Kap Kenali Ubat Anda 

Perlu dicetak sebelum aktiviti dijalankan. Aktiviti mewarna sambil belajar untuk mengenal ubat. 

Buku Aktiviti Kenali Ubat Anda.pdf

Buku Aktiviti Kenali Ubat Anda 

Perlu dicetak sebelum aktiviti dijalankan. Aktiviti menarik sambil mengenal ubat. 

Pendidikan Awal untuk Kanak-kanak Berkenaan Ubat 

Kanak-kanak perlu mengambil tahu tentang ubat-ubatan mengikut kesesuaian dan tahap kefahaman kanak-kanak. Pendedahan awal berkaitan ubat-ubatan boleh mengelakkan berlakunya risiko keracunan ubat-ubatan akibat kesilapan pengubatan. 

Semudah ABC 

Mengambil ubat-ubatan adalah semudah ABC. A untuk ‘amalkan baca label ubat’, B untuk ‘biasakan ambil ubat pada masa yang sama’ dan C untuk ‘contohi amalan pengambilan ubat yang betul’. 

Jom Kenal Kuman dan Ubatnya 

Terdapat pelbagai jenis kuman seperti bakteria, virus, kulat dan parasit. Setiap jangkitan kuman memerlukan ubat yang berbeza dan spesifik untuk merawat jangkitan tersebut. 

Sentiasa Ingat 

Ambil ubat yang betul mengikut dos dan kekerapan yang diarahkan. Pastikan cara dan masa pengambilan ubat yang betul. 

Bentuk Dosej Ubat 

Terdapat pelbagai jenis bentuk dosej ubat di pasaran. Kenali bentuk dosej ubat yang kerap diberikan kepada kanak-kanak. 

Gunakan Peralatan yang Betul 

Jangan gunakan sudu makan atau sudu teh untuk menyukat ubat yang akan diberikan kepada kanak-kanak. Sebaliknya, gunakan peralatan yang betul seperti picagari atau cawan bersukat agar dos yang diberikan adalah tepat. 

5 Langkah Mengambil Ubat dengan Betul 

Sebelum mengambil ubat, baca dan fahami label ubat dahulu. Ubat perlu disukat dengan betul agar dos yang tepat dapat diberikan kepada kanak-kanak. 

Ubat Bukan Gula-gula 

Ingat, ubat bukan gula-gula. Sentiasa simpan ubat di tempat yang tinggi dan selamat, jauh dari capaian kanak-kanak. 

Penggunaan Ubat yang Selamat untuk Kanak-kanak 

Jika mengambil ubat, kanak-kanak perlu tahu nama dan kegunaan ubat tersebut. Selain itu, ambil tahu tentang dos dan kekerapan pengambilan ubat tersebut. 

Laughter is the Best Medicine 

Laughter is the best medicine. But if you laugh for no reason, you need medicine. Share this and make someone laugh! 

Apakah itu Antibiotik? 

Antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan bakteria. 

Apakah yang Berlaku Sekiranya Tidak Mendapatkan Vaksin? 

Kanak-kanak berisiko tinggi untuk  mendapat penyakit berjangkit sekiranya tidak mengambil vaksin. Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut berkaitan vaksin. 

Pengguna Ubat yang Betul 

Pastikan ubat diambil oleh pesakit yang betul. Walaupun menghidap penyakit yang sama, keperluan ubat adalah berbeza untuk setiap pesakit. 

Tips Penggunaan Ubat yang Betul bagi Kanak-kanak 

Elakkan berkongsi ubat walaupun mengalami gejala yang sama. Dos ubat adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak bergantung kepada umur dan berat badannya. 

Adik-adik 

Panduan Penyimpanan Ubat di Rumah 

Selepas mengambil ubat, ubat-ubatan perlu disimpan dengan betul di rumah. Simpan ubat dalam kabinet atas agar tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak kecil.