Kenali dan fahami emosi
Gembira
Tenang
Malu
Sedih
Marah
Takut
Keliru
Risau
Tegas Diri
Definisi Tegas Diri
Keupayaan untuk menyuarakan perkara yang difikir, dirasa dan diperlukan secara jujur dan berterus-terang
Menghormati hak dan perasaan orang lain
Faedah Mempunyai Tegas Diri
Dapat memberi pendapat diri dengan jelas dan berkesan
Dapat mengawal perasaan dan keadaan
Berasa lebih yakin pada diri sendiri
Berani membuat keputusan
Mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain
Lebih dihormati oleh orang lain
Ciri-ciri Tegas Diri
Boleh mengawal perasaan diri apabila dicabar oleh pembuli
Lebih yakin akan diri dan mudah menjalinkan hubungan persahabatan
Berupaya menyuarakan sesuatu yang difikirkan atau diperlukan dengan jujur dan berkesan
Pemikiran Positif
Definisi pemikiran positif
Kebolehan berfikir dan bertindak secara rasional dalam menghadapi sebarang situasi
Kebaikan pemikiran positif
Berfikir secara positif dapat meningkatkan harga diri
Berfikiran positif dan menjauhi fikiran negatif merupakan satu strategi daya tindak balas yang baik dalam menangani tekanan dengan lebih berkesan
Bicara diri positif (Positive self-talk)
"Saya boleh"
"Saya penyayang dan mudah disayangi"
"Saya boleh menjadi johan"
"Saya bagus"