Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental dengan penyakit mental, tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi :
Memupuk perasaan, fikiran dan tingkah laku yang positif dalam diri sendiri
Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya
Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian
Ciri-ciri kesihatan mental yang positif
Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri
Berupaya mengawal perasaan
Sanggup menerima kegagalan
Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral
Menghargai diri sendiri
Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain
Mampu memberi dan menerima kasih sayang
Tahu menghargai dan mempercayai orang lain
Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka
Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah
Mampu mengatasi konflik dengan bijak
Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri
Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian
T - Tell someone you trust about your problems (Kongsi masalah dengan orang yang dipercayai)
A - Ask for help (Minta bantuan)
L - Listen without judgement (Dengar tanpa menghukum atau menghakimi)
K - Know where to seek help (Tahu di mana untuk dapatkan bantuan)
Lakukan aktiviti fizikal/ senaman, berjalan dan beriadah
Makan makanan sihat
Bijak mengurus masa
Sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan
Lakukan aktiviti yang anda suka/ minat dan bermanfaat
Kongsi perasaan dengan orang yang dipercayai
Elak pengambilan rokok, dadah dan alkohol
Resilien
Merujuk kepada keupayaan manusia untuk hidup dan berkembang maju walaupun dalam keadaan sukar dan mencabar
Keupayaan untuk mengatasi situasi yang sukar dan meneruskan hidup dengan lebih sihat dan berjaya
Adik-adik yang resilien akan mempamerkan ciri-ciri berikut:
Kecekapan sosial
Kemahiran komunikasi yang baik
Kemahiran menyelesaikan konflik
Kemahiran humor yang sihat
Kemahiran menyelesaikan masalah
Boleh berfikir dengan lebih kreatif dan fleksibel mengenai sesuatu masalah
Boleh merancang dan mengambil tindakan yang sesuai
Berautonomi
Mempunyai identiti diri yang kuat dan percaya kepada kebolehan diri untuk membuat perubahan kepada persekitaran mereka
Berkeyakinan
Percaya kepada kebolehan diri untuk mengendalikan segala cabaran hidup
Saya ada (I have) - sokongan sosial
Saya ada orang sekeliling yang saya percaya dan menyayangi saya tak kira apa
Saya ada orang yang dapat menunjukkan kepada saya cara yang betul untuk melakukan sesuatu
Saya boleh (I can) - kemahiran menyelesaikan masalah
Saya boleh mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi
Saya boleh mengawal diri saya apabila saya berperasaan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik atau bahaya
Saya ialah (I am) - kekuatan dalaman
Saya ialah orang yang disukai dan disayangi
Saya ialah orang yang memastikan sesuatu itu dalam keadaan baik dan betul