SEDANG DALAM PROSES PENYELENGGARAAN
Kenali Ubat Anda Versi Kanak-kanak
Ubat bukan gula-gula. Kanak-kanak tidak boleh ambil ubat dengan sendiri. Ambil ubat hanya apabila diberi oleh ibu bapa atau penjaga sahaja.
Pemberian Ubat Kepada Kanak-kanak
Pemberian ubat kepada kanak-kanak memerlukan teknik yang betul. Gunakan peralatan yang sesuai untuk menyukat ubat bagi memastikan dos yang tepat kepada kanak-kanak. Kesilapan dalam pemberian ubat-ubatan kepada kanak-kanak boleh menyebabkan kemudaratan.
Pengambilan Ubat yang Betul (kanak-kanak)
Pengambilan ubat oleh kanak-kanak dengan menggunakan alat penyukat yang betul dapat memastikan dos ubat adalah tepat. Jangan gunakan sudu teh atau sudu makan kerana sukatannya adalah tidak tepat.
Jangan Terpedaya Dengan “Ubat Ajaib”
Ubat ajaib! Magic detox! Dijamin berkesan! Mujarab! Kurus dalam masa yang singkat...
Boleh cantik dengan cepat...
Boleh percaya ke iklan macam ni?
Ketahui cara untuk pastikan iklan ubat yang boleh dipercayai dan diluluskan oleh KKM.
Jadilah Pengguna Ubat yang Bijak
Bila membeli ubat dalam talian, ada risiko terbeli produk tiruan dan produk dicampur dengan bahan terlarang yang boleh memudaratkan.
Jadilah pengguna ubat yang bijak. Fahami cara untuk menyemak nombor pendaftaran ubat bagi memastikan ubat tersebut selamat untuk diambil.
Kongsi Ubat Nak Jimat, Tak Bahaya Ke?
Kongsi ubat? Boleh ke buat macam tu?
Elakkan berkongsi ubat dengan orang lain walaupun mempunyai gejala yang sama kerana kesesuaian badan kita dengan ubat tersebut mungkin berbeza. Pastikan baca label ubat terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
Adakah Ubat Perlu Berdaftar?
Ubat yang tidak berdaftar berkemungkinan dicampur dengan bahan terlarang atau sebenarnya adalah ubat tiruan.
Macam mana nak tau ubat tu berdaftar atau tak?
Ciri-ciri Ubat Berdaftar
Tak pasti ubat yang ingin diambil atau dibeli adalah ubat yang berdaftar dengan KKM ataupun tidak? Kenali ciri-ciri yang perlu ada bagi ubat berdaftar.
Notifikasi Kosmetik
Ramai yang terjebak dengan kosmetik timbang kilo gara-gara untuk kelihatan putih dan cantik. Risau kalau ada pelajar terbeli kosmetik yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri.
Pastikan produk kosmetik yang dibeli telah bernotifikasi dengan KKM. Semak nombor notifikasi melalui:
www.npra.gov.my
aplikasi NPRA product status
Nak Tahu Tentang Ubat?
Selalu nampak ada orang tanya soalan tentang ubat dekat media sosial dan diberikan jawapan oleh pengguna media sosial yang lain. Adakah semua jawapan yang diberikan itu sahih?
Call Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan untuk dapatkan jawapan yang tepat, pantas dan spesifik!
Call je 📞1800-88-6722 secara percuma.
(Isnin-Jumaat, 8am-5pm)
Penyimpanan Ubat yang Betul
Kalau simpan ubat merata-rata, nanti ada risiko anak-anak di rumah termakan ubat tersebut. Bahaya tau. Sudah pernah ada kes kematian kanak-kanak sebab termakan ubat darah tinggi datuknya.
Ubat bukan gula-gula! Simpan dengan betul.
Vaksin
Vaksin adalah penting untuk mencegah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus atau bakteria. Vaksin dapat mencegah penyakit cegahan vaksin bagi mengelakkan komplikasi jangkitan yang boleh mengancam nyawa.
Tahan Sakit
Pengambilan ubat tahan sakit tanpa nasihat doktor atau ahli farmasi boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Kenali Ubat Anda (Lagu)
Lagu Kenali Ubat Anda adalah lagu dengan konsep 5 Betul (5B) bagi membantu pendengar mengambil ubat dengan betul.
Jom Kenal Kuman dan Ubatnya
Terdapat pelbagai jenis kuman seperti bakteria, virus, kulat dan parasit. Setiap jangkitan kuman memerlukan ubat yang berbeza dan spesifik untuk merawat jangkitan tersebut.
Sentiasa Ingat
Ambil ubat yang betul mengikut dos dan kekerapan yang diarahkan. Pastikan cara dan masa pengambilan ubat yang betul.
Bentuk Dosej Ubat
Terdapat pelbagai jenis bentuk dosej ubat di pasaran. Kenali bentuk dosej ubat yang kerap diberikan kepada kanak-kanak.
Gunakan Peralatan yang Betul
Jangan gunakan sudu makan atau sudu teh untuk menyukat ubat yang akan diberikan kepada kanak-kanak. Sebaliknya, gunakan peralatan yang betul seperti picagari atau cawan bersukat agar dos yang diberikan adalah tepat.
5 Langkah Mengambil Ubat dengan Betul
Sebelum mengambil ubat, baca dan fahami label ubat dahulu. Ubat perlu disukat dengan betul agar dos yang tepat dapat diberikan kepada kanak-kanak.
Penggunaan Ubat yang Selamat untuk Kanak-kanak
Jika mengambil ubat, kanak-kanak perlu tahu nama dan kegunaan ubat tersebut. Selain itu, ambil tahu tentang dos dan kekerapan pengambilan ubat tersebut.
Laughter is the Best Medicine
Laughter is the best medicine. But if you laugh for no reason, you need medicine. Share this and make someone laugh!
Apakah itu Antibiotik?
Antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan bakteria.
Apakah yang Berlaku Sekiranya Tidak Mendapatkan Vaksin?
Kanak-kanak berisiko tinggi untuk mendapat penyakit berjangkit sekiranya tidak mengambil vaksin. Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut berkaitan vaksin.
Pengguna Ubat yang Betul
Pastikan ubat diambil oleh pesakit yang betul. Walaupun menghidap penyakit yang sama, keperluan ubat adalah berbeza untuk setiap pesakit.
Tips Penggunaan Ubat yang Betul bagi Kanak-kanak
Elakkan berkongsi ubat walaupun mengalami gejala yang sama. Dos ubat adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak bergantung kepada umur dan berat badannya.
Panduan Penyimpanan Ubat di Rumah
Selepas mengambil ubat, ubat-ubatan perlu disimpan dengan betul di rumah. Simpan ubat dalam kabinet atas agar tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak kecil.