Piramid Makanan Malaysia 2020
Panduan Pengambilan Makanan Harian
Adik-adik digalakkan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
Kurangkan makan makanan yang digoreng dan manis
Digalakkan minum air kosong 6-8 gelas sehari
Pinggan Sihat Malaysia
Pinggan Sihat Malaysia (Konsep Suku Suku Separuh) adalah satu alat visual cara bagi adik-adik bagi merancang pengambilan makanan. Ia boleh membantu:
Mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
Kawal pengambilan nasi, pastikan suku sahaja (seperti segenggam tangan adik-adik)
Pastikan adik-adik makan makanan berprotein seperti ikan, ayam dan daging
Minum bersama air kosong
Minum air kosong secukupnya
Semasa bersenam, badan adik-adik akan berpeluh, jadi minum air kosong ya bagi memastikan badan ada air secukupnya
Digalakkan minum air kosong 6-8 gelas sehari
Kepentingan minum air kosong
Memberi tenaga kepada otot
Mencantikkan kulit
Menggantikan cecair badan
Membantu fungsi usus
Lihat, Hidu dan Rasa
Contoh Makanan Selamat untuk Dimakan
Makanan yang disediakan menggunakan penyepit makanan
Makanan dihidang di bawah tudung saji
Makanan yang disediakan menggunakan pembalut makanan
Makanan dimasak dalam periuk sehingga mendidih
Contoh Makanan Rosak
Makanan yang disediakan tanpa memakai sarung tangan
Makanan yang telah dihinggapi lalat
Makanan yang tidak dimasak dengan betul
Makanan yang tidak ditutup
Pengiraan BMI
BMI adalah singkatan kepada Body Mass Index yang mana ia merupakan satu standard dalam mengukur Indeks Jisim Tubuh seseorang individu.
Pengetahuan dalam mengukur BMI adalah amat penting bagi anda mengetahui kategori tubuh badan anda seperti:
Kurang berat badan (Underweight)
Berat badan normal (Normal body weight)
Berlebihan berat badan (Overweight)
Obesiti (Obese)
Cara pengukuran BMI adalah seperti di gambar rajah di sebelah
Ilmu pengetahuan berkenaan BMI ini secara tidak langsung menjadi satu indikator bagi anda merangka intervensi pengurusan berat badan bagi memastikan anda berada dalam kategori berat badan normal.
Jom Baca Label
Label makanan memberi anda maklumat tentang kandungan produk makanan. Mengikut undang-undang kebanyakan makanan yang siap dibungkus mesti mempunyai label yang mengandungi:
Nama produk (Contoh : Roti)
Tarikh luput (Contoh : GUNA SEBELUM @ TARIKH LUPUT)
Bahan ramuan (Contoh : tepung, gula, serbuk penaik - disenaraikan secara menurun daripada paling banyak hingga paling sedikit
Nama dan alamat pengeluar (Contoh : maklumat syarikat/ kilang yang mengeluarkan/ membungkus atau mengedar makanan
Cara penyimpanan (Contoh : panduan untuk menyimpan makanan sebelum atau selepas dibuka
Maklumat pemakanan (Matlumat nutrisi makanan seperti tenaga, karbohidrat, lemak, protein, kalsium - menurun mengikut berat)
Panduan memilih makanan
Belilah makanan berbungkus yang berlabel
Jangan beli atau makan makanan yang melewati tarikh luput
Baca dengan teliti dan patuhi cara penyimpanan makanan
Elakkan membeli makanan dengan bungkusan yang telah rosak
Teliti senarai ramuan. Jika gula atau garam merupakan ramuan pertama, ini menunjukkan makanan tersebut tinggi kandungan gula atau garam
Fahami dan bandingkan maklumat pemakanan sebelum membeli produk
Pilih makanan yang rendah lemak, gula dan garam