Apa itu sampah?

Benda atau bahan yang kita buang selepas habis digunakan

Jenis sampah yang selalu dibuang di sekolah

Kertas

Pensil yang sudah tidak boleh digunakan

Pembalut gula-gula

Makanan yang tidak habis dimakan

Pembalut makanan seperti plastik pembalut roti

Kertas tisu

Jenis sampah yang selalu dibuang di rumah

Surat khabar lama

Majalah lama

Makanan yang tidak habis dimakan

Tin

Botol

Barang yang sudah buruk dan rosak

Buang sampah di tempat yang betul

  • Buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan

  • Elakkan buang sampah dari tingkap bas

  • Elakkan buang sampah ke dalam sungai/ longkang

Kebersihan tanggungjawab bersama

Menjaga kebersihan kelas di sekolah dan kebersihan rumah

Adik-adik hendaklah bersama rakan-rakan membersihkan kelas dan mengemas barang-barang yang terdapat di dalam kelas seperti :

  • Menyapu/ mengemop lantai

  • Membersihkan papan hitam/ putih

  • Mengelap meja

  • Menyusun buku/ kasut

  • Membuang sampah

Sikap yang baik

Kutip sampah yang dibuang merata-rata

Jika tiada tong sampah, simpan dulu dan buang dalam tong sampah

Kebaikan membuang sampah di tempat yang betul

Luar dan dalam kelas bersih

Luar dan dalam rumah bersih

Kita menjadi lebih sihat

Tiada bau busuk

Kitar semula

  • Mengitar semula sisa supaya dapat dijadikan bahan baharu

  • Sisa kitar semula boleh dijual bagi menambah pendapatan "Trash to Cash"

  • Simbol antarabangsa kitar semula adalah 'Mobius Loop'