Piramid Makanan Malaysia 2020
Panduan Pengambilan Makanan Harian
Adik-adik digalakkan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
Kurangkan makan makanan yang digoreng dan manis
Digalakkan minum air kosong 6-8 gelas sehari
Pinggan Sihat Malaysia
Pinggan Sihat Malaysia (Konsep Suku Suku Separuh) adalah satu alat visual cara bagi adik-adik bagi merancang pengambilan makanan. Ia boleh membantu:
Mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
Kawal pengambilan nasi, pastikan suku sahaja (seperti segenggam tangan adik-adik)
Pastikan adik-adik makan makanan berprotein seperti ikan, ayam dan daging
Minum bersama air kosong
Minum air kosong secukupnya
Semasa bersenam, badan adik-adik akan berpeluh, jadi minum air kosong ya bagi memastikan badan ada air secukupnya
Digalakkan minum air kosong 6-8 gelas sehari
Kepentingan minum air kosong
Memberi tenaga kepada otot
Mencantikkan kulit
Menggantikan cecair badan
Membantu fungsi usus
Lihat, Hidu dan Rasa
Contoh Makanan Selamat untuk Dimakan
Makanan yang disediakan menggunakan penyepit makanan
Makanan dihidang di bawah tudung saji
Makanan yang disediakan menggunakan pembalut makanan
Makanan dimasak dalam periuk sehingga mendidih
Contoh Makanan Rosak
Makanan yang disediakan tanpa memakai sarung tangan
Makanan yang telah dihinggapi lalat
Makanan yang tidak dimasak dengan betul
Makanan yang tidak ditutup