Definisi aktiviti fizikal dan senaman
Definisi aktiviti fizikal dan senaman
Aktiviti fizikal bermaksud semua jenis pergerakan anggota tubuh badan yang disebabkan oleh kontraksi otot.
Aktiviti fizikal bermaksud semua jenis pergerakan anggota tubuh badan yang disebabkan oleh kontraksi otot.
Contoh : berjalan ke pasar, berjalan di pusat beli belah, mengemas rumah, mencuci pinggan, berkebun dan lain-lain lagi
Contoh : berjalan ke pasar, berjalan di pusat beli belah, mengemas rumah, mencuci pinggan, berkebun dan lain-lain lagi
Senaman pula merujuk kepada pergerakan secara fizikal terancang dan sistematik yang meningkatkan dan mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal.
Senaman pula merujuk kepada pergerakan secara fizikal terancang dan sistematik yang meningkatkan dan mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal.
Contoh : senaman rintangan, senaman aerobik
Contoh : senaman rintangan, senaman aerobik
Jenis senaman
Jenis senaman
Mengikut American College of Sports Medicine (ACSM), terdapat dua jenis senaman yang paling utama, iaitu:
Mengikut American College of Sports Medicine (ACSM), terdapat dua jenis senaman yang paling utama, iaitu:
1. Senaman aerobik
1. Senaman aerobik
- juga dikenali sebagai senaman "kardio"
- senaman ini merangsang otot jantung dan paru-paru untuk menjadi lebih kuat
- contoh : berjalan pantas, berbasikal, menari, berenang dan berlari
2. Senaman anaerobik
2. Senaman anaerobik
- bermaksud senaman berintensiti tinggi yang dilakukan dalam tempoh yang singkat
- senaman ini lazim dilakukan untuk membina otot dan secara tidak langsung meningkatkan kekuatan, kelajuan dan kuasa.
- contoh : aktiviti pecutan (berlari, basikal), angkat berat, lompat tali, latihan interval, isometrik atau senaman jenis lain pada tahap intensiti tinggi dalam tempoh yang singkat
Saranan aktiviti fizikal mengikut umur
Saranan aktiviti fizikal mengikut umur
- Melakukan sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal tahap sederhana atau tahap tinggi setiap hari
- Tempoh yang lebih dari 60 minit akan memberikan lebih banyak faedah pada kesihatan
- Senaman yang boleh dilakukan ialah kategori aerobik (contohnya berlari, bermain papan luncur dan senam robik pada tahap sederhana).
- Aktiviti fizikal tahap tinggi pula boleh diselangselikan mengikut keupayaan individu. Contohnya, tekan tubi, ringkuk tubi, lunges dan squat.
Faedah senaman
Faedah senaman
- Menguatkan otot, tulang dan sendi
- Menjadi cergas dan cerdas
- Mengawal berat badan
- Meningkatkan stamina
- Mengurangkan stres
- Membantu mendapatkan tidur yang nyenyak
Perkara yang boleh dan tidak boleh semasa bersenam
Perkara yang boleh dan tidak boleh semasa bersenam
Boleh
Boleh
- Pakailah kasut dan pakaian yang sesuai untuk bersenam
- Minum air kosong secukupnya
- Pastikan warm-up dan cool-down dilakukan sebelum dan selepas bersenam
- Lakukan senaman di tempat yang mempunyai permukaan yang rata, lembut dan tidak berlubang / berlopak
- Berhenti segera daripada aktiviti sekiranya terasa sesak nafas, sakit dada atau pening
Tidak Boleh
Tidak Boleh
- Jangan bersenam di bawah cuaca yang terlalu panas bagi mengelakkan dehidrasi dan heat stroke
- Jangan bersenam semasa demam
- Jangan bersenam dalam tempoh 2 jam selepas makan
- Elakkan minum minuman berkafein semasa bersenam
- Elakkan bersenam dalam cuaca hujan yang disertai dengan ribut petir